Rahsia Kematian yang dimuliakan-Allayarham Ustaz Asri Ibrahim

Kematian yg dimuliakanAl-Fatihah buat Allayarham Ustaz Asri Ibrahim atas pemergiannya menyahut seruan Ilahi. Jika kita masih ingat sewaktu kecil lagi lagu-lagu nyanyian Allahyarham sangat menusuk ke hati dan jiwa. Seperti lagu Di Pondok Kecil, Munajat, Tuhan Memanggil… sehinggalah kepada era millennium dengan lagu pergi tak kembali, anak soleh, dan pelbagai lagi lagu dan zikir yang arwah alunkan sebagai halwa telinga kita…

Kesudahannya… semalam tanggal 13 Ogos 2009 jam 10.30 pagi, beliau pergi buat selamanya dan takkan kembali tersenyum kepada kita, menasihati kita, ketawa dengan kita.

Saya mendapat berita kepergian beliau sewaktu sedang mengajar dan kebetulan sebelum itu anak murid saya bertanya,…”Ustaz, kalau kita mati nanti kita boleh tolong kawan-kawan kita masuk syurga sama-sama tak? Bukankah belajar tu ibadah, Kalau mati mati syahid?” Saya terus teringat-kawan-kawan saya. Selang beberapa minit…

Nazrul(Rabbani) call saya beritahu Ustaz Asri telah pergi buat selama-lamanya. Terkejut dan tak mampu untuk mengajar.

Jam 2.30 ptg di Hospital Pantai, Bangsar… dalam cuaca mendung kadangkala hujan renyai, seperti menangisi pemergian seorang sahabat yang saya kenali sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi waktu tu arwah sebagai orang yang kenalkan saya dengan seni suara. Masih ingat lagi waktu kami makan sama-sama di restoran Taza( la ni dah tak ada) arwah datang bertemu dengan saya dengan wajah penuh ceria dan berkata…” Safuan… Ana dapat anak ketiga harini…”

Lupakan kenangan lalu…

Di Hospital, Ramai dah menanti, parking penuh, sahabat2 nasyid semua ada, Yaasin, Wan (Far east), Sufian, Azahari NSH, Utz Zamri, Suhaimi, Utz Amal(dengan mata yang merah) semuanya menanti untuk melihat jasad arwah yang sedang dimandikan. Saya… Masih menanti untuk masuk.. tapi tak dapat…

Akhirnya saya dapat masuk juga dan dapat membantu urus. Alangkah wanginya bilik pengurusan… Saya dapat mengangkat arwah masuk ke van jenazah… Ya Allah… inilah janjimu… Tubuhnya tidak terasa berat atau ringan… dan wangian di jenazah melekat di tangan saya sehingga wuduk solat maghrib… itupun sebab pegang makanan.

Saya tak dapat ikut hingga ke perkuburan…

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak.

Arwah seorang yang merendah diri dan ikhlas dalam beramal. Bayangkan… pernah arwah dijemput untuk menjadi hakim dalam sebuah pertandingan nasyid, dari pagi sampai ke tengahari, kemudian diminta pula untuk membuat sedikit persembahan… tetapi bayaran yang diterima… RM300. berbaloikah? Itu baru satu, belum lagi cerita lain.


– Nukilan Ikhlas : Safuan http://littlecaliph2u.blogspot.com

USTAZ ASRI
Pergi Tak Kembali


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: