Archive for Rahsia Warna

Rahsia Solat Awal Waktu

Solat awal waktuSetiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang oleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

- Perkongsian Ilmu : Safuan http://littlecaliph2u.blogspot.com

Leave a comment »

Rahsia warna untuk anda bertemu si dia

3552504680_6e22cfd7cf

Anda mempunyai masalah bertemu dengan si dia..?? Ad akah anda sedar bahawa warna mempengaruhi keupayaan anda untuk menarik si dia.. Jika anda ingin memukau pandangan si dia, ambil berat pada warna pakaian anda..


Keajaiban warna ini telah dikaji oleh ahli fizik, ahli psikologi dan juga ahli psikik..

Ahli fizik mengatakan warna adalah “Getaran..”.
Ahli psikologi mengatakan warna merupakan satu bentuk “Terapi” .
Ahli psikik mengatakan warna dikaitkan dengan “Tenaga”..

Terdapat beberapa rahsia disebalik warna yang dapat mengubah daya tarikan anda pada si dia dan membantu anda mendapatkan si dia idaman anda..


  1. Bagaimana anda bertemu dengan si dia..? Kaji warna di mata anda.. Anda hanya perlu berdiri dibawah sinaran lampu (berdiri dibawah cahaya matahari adalah lebih baik) dan perhatikan warna mata anda. Kebanyakkan individu mempunyai lebih daripada satu warna di mata. Kenalpasti warna dominant pada mata anda.. Warna itu adalah warna yang paling sesuai untuk dipadankan dengan pakaian anda dan warna itu paling hampir dengan warna kulit anda.. Bila anda memakai “colors in your eyes” si dia akan terpukau.. they are also mesmerized by your presence.. Dengan memakai warna tersebut anda akan berasa lebih bersemangat dan bertenaga serta mampu membuat orang disekeliling anda mempercayai anda..
  2. Hati-hati dengan warna putih.. Bila anda ingin bertemu dengan si dia, pastikan anda tahu bagaimana untuk mengayakan pakaian yang berwarna putih.. Putih adalah warna yang sangat popular untuk t-shirt dan kemeja tapi anda perlu berfikir dua kali sebelum anda mengayakannya.. Sesetengah individu kelihatan menarik bila mengenakan pakaian berwarna putih.. Apa yang anda perlu pastikan ialah warna gigi dan mata anda.. Jika mata dan gigi anda tidak seputih pakaian anda, ini akan membuatkan gigi dan mata anda kelihatan kuning..Untuk berada dalam keadaan selamat, anda hanya perlu memakai pakaian yang berwarna “oof-white”. Bagi anda yang mempunyai kulit yang pucat, “off-white” amat sesuai dengan anda..
  3. Warna merah membuat anda kelihatan seperti ingin menjerit kemarahan tapi dari sudut lain menampakkan warna ghairah.. Sesetengah individu akan terserlah jika mengenakan warna ini jika mereka mempunyai kulit yang gelap dan rambut yang berwarna gelap.. Warna ini sangat terang untuk digayakan dan sekaligus dapat menampakan ketidaksempurnaan yang ada pada anda. Untuk kepastian letakkan pakaian berhampiran muka anda dan bandingan. Kurangkan warna merah dan pilih mana yang terbaik. Wearing a bright red blouse could make the difference of ten years on your face.

  4. Dengar apa orang sekeliling komen. Cuba ingat kembali warna apa y ang anda pakai ketika seseorang memuji anda. Sebenarnya mereka memuji bukan kerana baju tetapi kerana warna yang anda pakai itu amat sesuai dengan kulit anda. Apabila warna sesuai dengan warna kulit, anda akan lebih menyerlah..

  5. Warna merah, pink adalah warna yang membangkit semangat ghairah anda. Warna coklat, kelabu dan putih membuatkan anda kelihatan sejiwa. Warna hijau dan biru membuatkan anda kelihatan tenang dan tidak terancam. Warna kuning dan jingga membuatan anda nampak ceria dan terang. ahli astrologi mengatakan bahawa warna perang(gold) mampu membuatkan anda kelihatan tenang, nampak semulajadi dan bertenaga. Warna perak(silver) mampu membuatkan anda kelihatan menarik jika dipakai masa malam jika mempunyai outside events.

Cubalah cari warna yang betul2 sesuai dengan warna kulit anda agar anda berpeluang untuk bertemu dengan si dia idaman anda

Leave a comment »

8 Rahsia Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

Wanita Solehah Pe3456394582_5b6518557erhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.