Arkib bagi Kesihatan

Rahsia & Hikmah Sujud

Assalamualaikum warahmatullah,

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

•membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
•membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
•melegakan sakit hernia (burut)
•mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
•melegakan paru-paru daripada ketegangan.
•mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
•kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
•meringankan bahagian pelvis.
•memberi dorongan supaya mudah tidur.
•menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
•pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
•bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
•mengurangkan kegemukan.
•pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
•organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

Tinggalkan komen »

Pengalaman Kena Tindih Masa Tidur…antara kepercayaan dan realiti!

Pernah tak anda rasa kena tindih masa tidur? Saya pernah sekali mengalaminya satu ketika dulu semasa tidur di rumah kakak saya di Alor Setar. Ianya satu pengalaman yang sangat mendebarkan. Saya memang betul-betul terasa badan saya ditindih oleh sesuatu sehingga saya tak dapat bergerak langsung, sukar bernafas dan badan saya berpeluh sehingga habis basah baju t’shirt yang dipakai.

Masa tu, memang saya ingat saya kena tindih dengan ‘hantu’. Selepas saya kena tu, keesokan paginya, terus saya minta izin daripada kakak saya untuk balik ke rumah mak di Pahang. Takut beb….huhu.

Masa terus berlalu. Hingga kini, saya dah dengar macam2 cerita dan pengalaman mengenai orang kena tindih dengan ‘hantu’ masa tidur.

Persoalannya, betul ker ‘hantu’ yang tindih? Atau, adakah fenomena ini hanyalah satu tindakbalas tubuh yang semua orang boleh mengalaminya?

Saya pun tidak pasti perkara yang sebenarnya. Adakah pengalaman kena tindih masa tidur ini hanya kepercayaan karut masyarakat melayu, atau ia benar-benar terjadi kerana adanya ‘makhluk halus’ yang membuat kacau?

Berikut ini saya kongsikan 1 artikel yang mengulas tentang perkara ini mengikut pandangan sains. Anda baca dan nilailah sendiri.

Pengalaman Kena Tindih Masa Tidur : Antara kepercayaan dan realiti!

Aku selalu baca segmen pengalaman menyeramkan dalam buku dan bahan bacaan lain. Banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai menyatakan bahawa, kena tindih ni adalah seperti tak dapat nak gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam ) dan sebagainya….

Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur kukatakan, memang pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali juga. Masa tu aku sedar. Boleh buka mata separuh, aku tau aku sedar. Tapi takleh gerak. Kadang2 panik juga, sebab takleh gerak. Pastu 5 minit baru la boleh bergerak. Aku dulu pun takut. Memang ingat kena hempap dah. Dalam hati, ‘hantu’ mana la pulak dok tindih aku ni.

Lepas boleh gerak tu, memang seram sejuk la kita dibuatnya. Tapi, setelah aku masuk U, belajar pasal tubuh badan manusia. Baru la aku tau kebenarannya.

Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap atau kena tindih. Atau lebih tepatnya lagi disebut ’sleep paralysis’ mengikut istilah medikal nya.

Sleep paralysis atau dimelayukan boleh la disebut sebagai ‘lumpuh waktu tidur’. Ia adalah keadaan yang menyebabkan paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time-time nak tidur (hypnagogic paralysis), atau baru2 bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

OK, kebiasaannya badan manusia bila dah tido, dan bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement), atau waktu tengah nyenyak, bijik mata kita akan bergerak2, otak akan bagitau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira akan jadi macam kena ’switch off’ sekejap atau dalam keadaan REM atonia (tader muscle tone).

Kalau nak tahu, otak kita ni pun sebenarnya ada ’switch off’ button juga. Ia dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah ’switch off’ badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal la ‘automatic function’ (degupan jantung, bernafas etc.) saja yang ON dan berfungsi. Kiranya macam keadaan ’screensaver’ atau ‘hibernate’ la kalau ianya komputer.

So,bila kita bangun, RAS akan ’switched ON’ balik. Kita sedar ‘fully awake state’. Tapi kadang2, ‘electrical signal’ tak di’activate’ kan oleh otak suruh ’switch on’ balik badan kita. Maka masa tu laa badan kita akan jadi macam lumpuh seketika. Ia berlaku sebelum otak di aktif kan semula.

Haa bunyi cam menakutkan jer, tapi itulah kenyataannya. Tapi paralysis tu tak semestinya ‘complete’ atau ‘full’. Kadang2 keadaan lumpuh tu berlaku ‘partially’ atau sebahagian nya saja. Sebab tu la ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi bahagian2 lain menjadi seolah2 lumpuh dan tidak boleh bergerak.

Satu lagi, ’sleep paralysis’ ni selalu jugak datang sekali dengan ‘hallucinations’ ( halusinasi la) samaada dalam bentuk ‘auditory’ (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau ‘tactile’ (deria sentuhan, terasa mender menindih/menghempap) dan sebagainya.

Antara Sebab2 atau mender2 yang boleh menyebabkan berlakunya ’sleep paralysis’ ini adalah :

  • Tidur dalam posisi terlentang yang terlalu lama
  • Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
  • Sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt)
  • Stress yang banyak kat otak…masalah keluarga, kewangan dan lain2
  • Pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal dan lain2)
  • Orang yang ader penyakit ‘narcolepsy

So kesimpulannya, jangan laa kita kata fenomena kena hempap atau kena tindih masa tidur ni adalah perbuatan ‘hantu’ atau makhluk halus. Janganlah kita memandai2 tuduh hantu le, jin le, orang bunian le yang dok tindih kita masa tidur. Sebab tahyul jer semua tu. Hakikatnya, fenomena ini adalah satu fenomena biasa yang boleh terjadi pada sesiapa pun. Fenomena ini disebut sebagai ’sleep paralysis’ mengikut istilah perubatan.

By: PakarHowTo

Tinggalkan komen »

Walaupun Seteguk Air, Bersahur Pelihara Kesihatan

JomBersahur2

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.”

Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?”

Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah.

Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)

Tinggalkan komen »

Rahsia Buah Kurma

selamat-berbuka-puasaBuah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix.
Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.Buahnya bertangkai seperti buah pinang.Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.

Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’. Cara buatnya amat mudah ;

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Sumber : http://pakarhowto.com

Tinggalkan komen »

Rahsia Pentingnya Boikot COKE

no coke


ADUAN WEBMEL PPIMTARIKH: 15 JANUARI 2009TAJUK : BOIKOT COKE

Terikut dengan cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pada hari ini satu kempen memboikot restoran dan barangan buatan Amerika Syarikat dilancarkan.
Sebelum ini telah dimaklumkan bahawa, lebih 2,600 restoran Islam di Malaysia tidak akan menjual dan atau menghidang minuman Coca Cola sebagai tanda bantahan kepada Amerika Syarikat.
Saya hari ini mengambil keputusan untuk memboikot restoran yang memboikot atau enggan menjual Coca Cola, bukan kerana saya menyokong apa yang dibuat oleh Israel di Gaza kerana bersolidariti dengan pekerja-pekerja syarikat F&N Coca Cola Sdn Bhd dan lain-lain perniagaan yang berasal dari Amerika Syarikat yang menggajikan orang Melayu.
Mengikut laman web F&N Coca Cola Sdn Bhd, terdapat hampir 1,400 pekerja bekerja dengan syarikat F&N Coca Cola Sdn Bhd. Siapakah agaknya pekerja majoriti di syarikat tersebut? Melayu atau Bangla?.
Saya harap saudara pembaca tidak akan terburu-buru mengikut dan menyokong kempen memboikot Coca Cola dan lain-lain barang buatan Amerika Syarikat, tetapi renung sejenak bahawa yang akan mendapat tempias daripada kempen boikot adalah orang Melayu sendiri.
Cuba anda pergi ke Mc Donald. Siapakah majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.
Cuba anda pergi ke Pizza Hut. Siapakah majoriti pekerja di sana? Jawapan : MELAYU.

Cuba pergi ke Burger King. Siapa majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.
Pergi ke Starbuck. Siapa majoriti pekerja di sana? Jawapan : MELAYU.
Pergi ke KFC. Siapakah majoriti pekerja disana? Jawapan : MELAYU.

Apa yang saya ingin katakan disini ialah walaupun pada asasnya restoran-restoran ini sememangnya dari Amerika Syarikat tetapi pada hakikatnya kesemua restoran-restoran ini dimiliki oleh francais tempatan dan malahan ramai diantara pemegang francais adalah orang Melayu ataupun syarikat Bumiputera. Sebagai contoh KFC dan Pizza Hut di Malaysia dan Singapura dimiliki anak syarikat Johor Corporation. Sebagai anak Johor, takkanlah saya hendak melihat sebuah syarikat Johor terjejas perniagaannya.

Jadi sekiranya saya seorang India dan Kristian prihatin, mengapakah yang lain begitu bersedia dan mengajak orang ramai mengambil tindakan untuk menjejaskan perniagaan dimana majoriti pekerjanya adalah orang Melayu ataupun diusahakan oleh orang ataupun syarikat Melayu.

Kalau nak tunjuk belang, pandai-pandailah sedikit. Ini ibarat nyamuk, kelambu dibakar.

Tak ada cara lain ke nak tunjuk bantahan terhadap Amerika Syarikat.

Pernahkah mereka yang memulakan kempen memulaukan barangan dan restoran-restoran berasal dari Amerika Syarikat fikir apa yang akan terjadi jika perniagaan restoran-restoran ini merundum. Ada kemungkinan, pekerja-pekerja restoran ini akan diberhentikan ataupun dikurangkan waktu kerja mereka. Dalam keadaan sedemikian siapa yang susah. Keluarga pekerja ataupun penganjur kempen boikot?

Tidakkah, tuanpunya restoran takut bahawa mungkin ada orang yang akan sengaja memulau restoran Islam yang enggan menjual Coca Cola dan pergi ke restoran India atau Cina sebagai tanda protes mereka. Perlu ingat, bukan semua yang setuju dengan apa yang dibuat oleh Hamas. Lihat bagaimana kerajaan negara-negara Arab kecuali Iran yang membisu dan nyata tidak mahu menolong mahupun menyokong Hamas.

Mengapakah mereka yang melancarkan kempen boikot barangan Amerika Syarikat ataupun Coca Cola tidak memulakan boikot terhadap barangan keluaran Mesir dan Jordan. Tidakkah kedua-dua negara ini mempunyai pertalian diplomatik dengan Israel. Mengapa tidak lancarkan kempen boikot melancong ke Mesir ataupun Jordan.

Kesimpulannya ialah pendekatan memulau Coca Cola bukan satu strategi yang arif lebih-lebih lagi apabila yang berkemungkinan mendapat tempias ialah pekerja dan pengusaha Melayu.

(Diambil dari normanfernandez.blogspot.com)

Di sini saya ingin bertanya,saya salah seorang dari pekerja dari syrikat F&n coca cola (M)..yg membuat air coca cola yg di boikot oleh PPIM ini..masalahnya.

1) Haruskah saya dan kawan2 saya yg berugama islam berhenti kerja.
2)kalau jawapannya YA..siapakah yg akan menanggung keluarga kami,sekiranya kami berhenti kerja.
3)Haramkah gaji kami ini?
4)kalau jawapan nya Ya…kalau tak silap saya ada lebih 1400 org pekerja Islam yg bekerja di syarikat ini…ada yg bekerja lebih dari 30 tahun,maknanya kalau gaji kami haram…Fikirla sendiri.

Dan saya tidak menyokong apa yg israel buat kat Gaza!!!
JAWAPAN 1

SALAM….
Tahniah diucapkan kepada saudara yang mengambil keputusan memboikot restoran yang enggan menjual coca-cola kerana ingin bersolidariti dengan syarikat AS yang menggajikan orang-orang MELAYU.

Cuma saya ingin bertanya kepada saudara – agak-agaknya jumlah gaji 1,400 orang MELAYU yang dibayar oleh Coke itu adakah dapat mencecah jumlah gaji 10 orang ahli korporat mereka, atau katalah 5 % daripada keseluruhan dana yang berpindah ke Negara mereka?

Dan, daripada jutaan ribu dana itu, berapa peratus pula yang dikirim ke Israel untuk membantu membunuh umat seagama kita ? Sebenarnya ini bukan persoalan kehidupan sahaja. Bukan persoalan anak isteri dapat makan esok hari. Ia lebih dari itu. Ia melibatkan samada kita benar-benar merasa bahawa Islam itu perlu dibela atau tidak.

Islam dan Ummah yang diperlekehkan dan dihina. Samada kita dapat merasakan kesedihan, kemarahan dan dan kebencian sepertimana yang dirasa oleh saudara-saudara kita di Plaestine. KEBETULAN orang-orang MELAYU yang bekerja di F&N Coca Cola Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada sumber tenaga mereka.

BUKAN di sana sahaja yang ada peluang bekerja… Kalau dibuat statistik, berapa puluhan ribu pula ORANG MELAYU yang diambil bekerja oleh pengusaha kilang JEPUN, KOREA, PERANCIS, JERMAN dan LAIN-LAIN Negara yang tidak bersekongkol dengan Negara Sombong dan Angkuh yang DILAKNAT OLEH ALLAH itu !! Kebetulan, mungkin daripada beribu-ribu perniagaan francais dari AS itu, saudara kata “ramai” yakni, adakah sampai 2% dipegang oleh orang MELAYU?. Mungkin perniagaan ini dimiliki oleh dua tiga kerat yang elit-elit tu.

Tetapi ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya kedudukan ekonomi orang-orang MELAYU pada keseluruhannya. Oleh yang demikian, alangkah eloknya jika syarikat-syarikat ‘kita’ itu memiliki francais kita sendiri untuk membela nasib kaum Bumi/Islam dan tidak berkiblatkan AS yang membela Zionis.

Kenapa orang Islam TIDAK MAMPU berniaga seperti BURGER KING, MC DONALD, PIZZA HUT dengan berpandukan FRANCAIS keIslaman ? Kenapa mesti berpandukan Francais Amerika Syarikat atau Kaum Zionis juga? Ini menunjukkan, umat Islam LEMAH se LEMAHNYA…

Sebab kita TIDAK BERSATU di dalam apa-apa tindakan yang dianjurkan – baikpun di negara-negara Arab, maupun di mana saja. Tidakkah kita TAHU, bahawa orang-orang bukan Islam, sudah L-A-A-M-A tidak membeli daripada perniagaan orang Islam ? Bukankah itu nyata-nyata satu tindakan memboikot?

Cuma orang-orang Islam sahaja yang rata-rata tidak peduli, malahan suka dan seronok membeli daripada perniagaan peniaga bukan Islam. Cuba fikirkan, kenapa peniaga Islam yang tulen tidak dapat naik dan maju ? Jawapannya kerana orang bukan Islam tidak akan memberi kerjasama dalam bentuk apa jua sekali pun, sepertimana mereka memberi dan bertolak ansur kepada sesama mereka…

Dan, yang lebih sedih, kerana orang Islam sendiri tidak menyokong. Tindakan memboikot ini sebenarnya BUKAN hanya bertujuan untuk menggugat sedikit sebanyak ekonomi musuh Islam, tetapi YANG PENTING ialah untuk menunjukkan BANTAHAN terhadap kebencian kita sebagai Umat yang sedang diperlakukan dengan sewenang-wenangnya seolah-olah nyawa umat Islam tidak ada harga walau satu sen !!

Apakah yang mampu kita, sesama umat ini, melakukan selain daripada menunjukkan rasa kebencian ini ? Agaknya bolehkah KERAJAAN kita sebagai Negara majoriti Islam, mengambil tindakan untuk memberhentikan hubungan diplomatik dengan mereka ? Saudara bertanya tidak ada cara lain ke !!

Kami sedia mendengar jika ada cara yang lebih baik dan lebih pandai ! Bukankah sepatutnya kita, dengan saudara seagama, diibaratkan satu tubuh..? Bukankah sesuatu perbuatan kejam itu hendaknya dihalang dengan apa jua kekuatan yang termampu? Patutkah kita berdiam diri sehingga perkara itu terjadi kepada anak isteri atau diri kita sendiri ??

Bukan hendak menunjuk belang. Kerana tidak ada ‘belang’ lah maka kita anjurkan cara yang terkebawah. Tetapi, untuk berjaya, ia MEMERLUKAN WADAH DAN SUARA, SERTA TINDAKAN YANG BERSATU.

Perlu diingatkan bahawa merundumnya perniagaan dan ekonomi dunia sekarang, BUKAN kerana tindakan boikot kita! Ia telah bermula awal-awal lagi sebelum Israel menyerang Palestine. Jadi jika pemberhentian pekerja-pekerja itu terjadi, ia BUKAN digerakkan oleh tindakan boikot kita!

Sebagai bukti, tindakan memboikot itu BUKAN semua orang setuju. Termasuklah saudara ! Yang perlu diingatkan lagi ialah – setiap sesuatu yang berlaku itu BUKAN kerana tindakan kita secara terus, tetapi kerana KEHENDAK ALLAH.

Ramai manusia yang sejahtera sewaktu dunia gamat. Ramai juga yang gamat sewaktu dunia aman dan makmur. Pokok pangkalnya, di dalam hidup ini, samada kita ingin dan telah BERUSAHA untuk mencari keberkatan dan keredhoan Allah atau tidak.

Kita berusaha, dan kita berpendapat, jika Allah bertanya, apa yang telah kita lakukan sewaktu melihat dan mengetahui saudara-saudara kita, wanita, dan anak-anak kecil penyambung zuriat, di bedil dengan kejam, sekurang-kurangnya kita telah berusaha apa yang termampu, sebagai sedhaif-daif iman.

Kita tidak pun berkejar kesana dengan melaung jihad fisabilillah; kita tidak dapat mengirim wang sebanyak AS mengirim kepada Israel; kita tidak dapat mengirim sebilah senjata pun untuk mereka mempertahankan hak dan maruah mereka, yakni hak dan maruah kita juga. Mungkin kita boleh mengatakan YA ALLAH, kami tidak berdaya.

Namun kami menunjukkan kebencian kami kepada kaum YAHUDI dan NASRANI yang bersekongkol, dengan memboikot barangan mereka. Mereka memegang tampok ekonomi dunia. Namun segala kekuasan adalah di TanganMu. Wallahua’lam.

2) JAWAPAN 2

Islam ajaran syumul. meliputi aqidah, ibadah, ukhwah, akhlak, amar makruf nahi mungkar, iktisad, masyarakat, tarbiah, siasah, jihad, daulah dan sebagainya. Tidak berlaku kesempurnaan Islam jika tidak dilaksanakan seseluruhannya.Kesemua itu merupakan perintah Tuhan yang sama (Allah).

Tidaklah terlaksana kehambaan itu semata-mata dengan sembahyang atau puasa sahaja. Perintah Allah yang meliputi segenap bidang kehidupan itu terlalu banyak, dan semua itu menjadi ujian kepada hamba-hamba Nya yang beriman.

Lulus atau gagalnya seseorang hamba itu akan menentukan ganjaran buat nya di akhirat nanti, dan ganjaran itu, jika baik, bukanlah bandingan sekadar secawan kopi di kedai mamak, atau pun sebuah Proton Saga, manakala jika buruk pula bukan lah sekadar berlapar sehari atau dipenjarakan di penjara selesa di dunia ini, tetapi sebaliknya merupakan balasan yang tidak mampu dibayangkan oleh akal fikiran manusia.

Orang yang benar-benar beriman dan mengerti tentang hakikat tujuan hidup di dunia dan ganjaran di kehidupan akhirat akan sanggup mengorbankan keselesaan hidup didunia, semata-mata untuk mendapatkan keselamatan diakhirat. Islam tidak akan sampai kepada kita jika para pendakwah tidak sanggup meninggalkan keselesaan hidup menetap di negara sendiri.

Mereka mengharung lautan, menepuh kesusahan, meninggalkan anak isteri dan perniagaan, semata-mata kerana menunaikan perintah Allah. Apa pendapat kita, jika sewaktu Allah memerintahkan berhijrah kepada para sahabat, jika mereka enggan, tetapi sebaliknya mengutarakan soalan-soalan seperti:

“bagaimana dengan makan minum, kebun kurma dan perniagaan kami di mekah, tanah tumpah darah dan gelanggang rezeki kami? kami tak mahu ikut lah, malah kami akan buat gerakan anti hijrah, kerana hijrah ini menggugat kepentingan kami.”

Jika menilai dari segi tuntutan Islam (perintah Allah yang diwajibkan), sepatutnya kita umat Islam pergi beramai-ramai bersama-sama berjihad (berperang menggadaikan nyawa) menunaikan tanggungjawab membebaskan Masjid Al-Aqsa dan membela nasib umat Islam di sana yang dijajah, dihina dan diseksa, dibunuh dan dinafikan hak dan maruah serta keperluan untuk hidup.

Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab orang beriman bukan sekadar cari makan untuk hidup, seperti hal nya dengan haiwan. Orang kafir Amerika pun tahu nak membantu sekutunya Israil. Merera juga ada rasa ‘persekongkolan’ sesama mereka. Apakah kita tiada rasa terpanggil untuk membantu saudara-saudara kita sedangkan itu adalah sebahagian daripada perintah Allah (jika kita merasakan redha Allah itu ada harga dan kita mengharapkan nya)?

Bagaimana keadaan saudara jika peribadi saudara sendiri mengalami penderitaan seperti di Palestin? Katakanlah pemilik kilang Coca-cola dimana saudara bekerja itu, membunuh anak dan isteri saudara. Adakah saudara akan terus bekerja di kilang itu? Terpisahkah di antara persoalan pekerjaan dengan pembelaan dan maruah?

Sememangnya setiap tindakan secara mesyarakat itu akan menjejaskan sebahagian anggota, namun anggota itu tidak sepatutnya berusaha untuk menggagalkannya. kita sepatutnya bertindak diatas semangat dan kepentingan ummah. Baru ada solidarity, baru ummah ini kuat dan dihormati. Kalau tidak, nanti apabila Israil atau Singapura serang Malaysia, Indonesia pun tak sanggup walau nak susah sedikit bagi membantu kita.

Padanlah dengan kita yang tidak sanggup walaupun hanya sekadar diminta tolong boikot. Kita kena faham bahawa peperangan memerlukan wang. Wang itu mereka perolehi daripada perniagaan.

Patutkah kita menyokong perniagaan yang membiayai pembelian bom, yang akan digunakan untuk memusnahkan kehidupan orang Islam? Islam suruh cari rezeki yang halal dan baik .

Bukan sekadar cari makan. Kalau sekadar cari makan saja. Kilang arak pun menampung ramai pekerja. Institusi kewangan riba (interest) lagi banyak menampung pekerjaan.Ini (mencari yang halal) perintah Allah, dan kita kena ingat yang rezeki juga milik Allah. Begitu juga syurga dan neraka.

Coke bukanlan makanan yang baik- mengandungi berbagai bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Kehalalannya diragui. Mengandungi alkohol yang sengaja dicampurkan kedalam nya. Kalau yang di fast food sehingga 3 peratus alkohol.

Pemiliknya Yahudi yang memusuhi Islam. Jika saudara berada didalam keadaan dharurat, daging babi pun boleh dimakan, tetapi, jika kita didalam keadaan yang boleh berusaha dan berikhtiar, carilah yang lebih baik daripada itu, dan, kepayahan saudara berikhtiar itu bukan percuma. Semuanya diberi ganjaran oleh Allah.

Dan ingatlah , Allah Maha Pemberi Rezeki.

Wassalam

Tinggalkan komen »

RAHSIAHEBAT Jus Doa Tok Guru

RAHSIAHEBAT

Komentar ditutup

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.