Gendang Melayu Sarawak

gendang

Pengenalan
Masyarakat Melayu Sarawak sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti
kesenian yang berteraskan adat dan budaya. Selain sastera rakyat, lagu
tradisi dan pelbagai permainan rakyat, kesenian tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak ialah bergendang.

Apakah Bergendang?

Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang.

Seh Gendang
Kalangan wanita yang duduk di balik tabir tadi terdapat dua atau tiga wanita yang berperanan memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil “tukang gendang” atau “seh gendang”.
Kaum lelaki pula akan duduk sejajar atau berselerak mengikut keselesaan
masing-masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di
bahagian tengah, berdekatan tabir dan seh gendang sebagai gelanggang
tarian.
Mereka menari secara bergilir dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki berperanan bermain biola atau akordian mengiringi seh gendang. Irama yang dimainkan oleh penggesek biola itulah yang akan menjadi ikutan seh gendang ketika berpantun dan bermukun.
Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak kemampuan seh gendang dan topeng dengan keizinan tuan rumah.

Fungsi Gendang Melayu
Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria, secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan.
Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan
jejaka idaman mereka-apatah lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis
jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak lelaki akan
menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang.

Peralatan Bergendang
i. Gendang :
Gendang diperbuat daripada kayu keras seperti merbau, meranti, belian,
menggeris, tanjan dan tapang. Kulitnya ialah kulit kambing yang kering yang
disimpai atau diketatkan dengan rotan dan sidak.
ii. Sidak:
Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing tadi agar
bunyi gendang itu kuat ketika dipukul.
Sidak yang diselit di antara birai gendang sebelah dalam dengan kulit kambing
akan dikeluarkan sekiranya gendang itu tidak digunakan. Ada juga yang
menggunakan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi ia sukar
diperolehi.
iii. Biola :
Biola diperlukan sekiranya ada penggesek.
iv. Akordian :
Ada yang menggunakan akordian sebagai alternatif sekiranya biola tidak ada
atau tidak ada yang mahir menggesek biola.
v. Gong :
Di sesetengah tempat, selain gendang dan biola, gong turut digunakan untuk
berpadu irama dengan paluan gendang.

Bila bergendang?
Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu;
Bergendang selepas kenduri Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat, bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru dan menerima tetamu baru.
Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya

yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat.
Untuk bersikap adil, majlis bergendang diadakan pada sebelah malamnya,
khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk melepaskan rasa letih dan
tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada
siangnya.
Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan
Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang.
Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi “disandingkan” di atas pelamin dan ditepung tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan.
Selepas kanak-kanak itu dikhatankan, majlis bergendang diadakan, bukan
sahaja semalam bahkan sampai tiga malam berturut-turut. la diadakan agar kanak-kanak yang berkhatan tadi dapat berjaga.
Sekiranya kanak-kanak itu tidur, tindih menindih akan berlaku. Ini boleh
menyebabkan luka selepas khatan itu berdarah semula. Ini amat berbahaya kepada kanak-kanak berkenaan. Pada waktu siang, kanak-kanak itu boleh tidur dengan pengawasan rapi kaum keluarga mereka.

Irama Pantun
lrama pantun sering bertukar-tukar mengikut kemahiran seh gendang dan
penggesek biola. Biasanya, irama itu berdasarkan pembayang maksud pantun
tersebut. Pantun orang tua-tua dahulu mempunyai irama yang di sebut
Labuan, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, lndung Anak, Selendang Mayang,
Air Pasang dan Lela Majnun.
Contoh irama Labuan:
Labuan pulo di laut, sayang Labuan pulo di laut,
Khabarlah berita, khabar berita pulo yang tumbuh,
Salamlahmu tuan, salammu tuan kami menyambut,
Asallah rahsia, asal rahsia disimpan teguh
Contoh irama Asam Paya:
Asam paya buah di hutan,
Dalam sepompong masak sebiji,
sungguh kacak wajahmu tuan,
Dalam kampung payah dicari
Pantun yang biasa dilafaz oleh seh gendang:
Apa dijeruk buah belimbing,
Kurang masin tambahlah garam,
apa dijenguk di luar dinding,
Kalau sudi masuklah ke dalam.
Satang kecil si Satang besar,
Sama timbal Pulo Sempadi
Dari kecil sampai ke besar,
Belum pernah memungkir janji.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: