Arkib bagi Februari, 2010

Biodata Rasulullah Saw (Sempena Maulidur Rasul)

BIODATA RASULULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

BIODATA RASULULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW – Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Tinggalkan komen »

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Tinggalkan komen »

Petua sihat Rasulullah s.a.w


Inilah amalan Rasulullah s.a.w untuk sentiasa sihat…

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain:
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
“Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman “(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

:: Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah …::

Tinggalkan komen »

Sambutan Maulidur Rasul dan Persoalannya

Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama? sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek.

Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.

Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.

Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.

Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.

Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: ?Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).?

pentingkan aspek luaran

Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.

Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: ?Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.?

Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.

Para ulama? kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.

Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabi?in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.

Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.

Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.

Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.

Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabi?in dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.

perancangan hebat Allah SWT

Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?

Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.

Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.

Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.

Tinggalkan komen »

Rahsia & Hikmah Sujud

Assalamualaikum warahmatullah,

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

•membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
•membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
•melegakan sakit hernia (burut)
•mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
•melegakan paru-paru daripada ketegangan.
•mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
•kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
•meringankan bahagian pelvis.
•memberi dorongan supaya mudah tidur.
•menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
•pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
•bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
•mengurangkan kegemukan.
•pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
•organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

Tinggalkan komen »

Hanya Kerana Satu Klik Malapetaka Berterusan Diterima Hingga Hari Kiamat

mouse

Assalamualaikum,

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti.

Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. Mafhumnya:: Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.

“(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim) Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mafhumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim) Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian. Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat
turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian. Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah
haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya. Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya.

Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51. Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551.

Begitulah seterusnya. Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati
dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat.

Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan
tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan
seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang. Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan. Wallahhu’alam.

Tinggalkan komen »

Pengalaman Kena Tindih Masa Tidur…antara kepercayaan dan realiti!

Pernah tak anda rasa kena tindih masa tidur? Saya pernah sekali mengalaminya satu ketika dulu semasa tidur di rumah kakak saya di Alor Setar. Ianya satu pengalaman yang sangat mendebarkan. Saya memang betul-betul terasa badan saya ditindih oleh sesuatu sehingga saya tak dapat bergerak langsung, sukar bernafas dan badan saya berpeluh sehingga habis basah baju t’shirt yang dipakai.

Masa tu, memang saya ingat saya kena tindih dengan ‘hantu’. Selepas saya kena tu, keesokan paginya, terus saya minta izin daripada kakak saya untuk balik ke rumah mak di Pahang. Takut beb….huhu.

Masa terus berlalu. Hingga kini, saya dah dengar macam2 cerita dan pengalaman mengenai orang kena tindih dengan ‘hantu’ masa tidur.

Persoalannya, betul ker ‘hantu’ yang tindih? Atau, adakah fenomena ini hanyalah satu tindakbalas tubuh yang semua orang boleh mengalaminya?

Saya pun tidak pasti perkara yang sebenarnya. Adakah pengalaman kena tindih masa tidur ini hanya kepercayaan karut masyarakat melayu, atau ia benar-benar terjadi kerana adanya ‘makhluk halus’ yang membuat kacau?

Berikut ini saya kongsikan 1 artikel yang mengulas tentang perkara ini mengikut pandangan sains. Anda baca dan nilailah sendiri.

Pengalaman Kena Tindih Masa Tidur : Antara kepercayaan dan realiti!

Aku selalu baca segmen pengalaman menyeramkan dalam buku dan bahan bacaan lain. Banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai menyatakan bahawa, kena tindih ni adalah seperti tak dapat nak gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam ) dan sebagainya….

Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur kukatakan, memang pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali juga. Masa tu aku sedar. Boleh buka mata separuh, aku tau aku sedar. Tapi takleh gerak. Kadang2 panik juga, sebab takleh gerak. Pastu 5 minit baru la boleh bergerak. Aku dulu pun takut. Memang ingat kena hempap dah. Dalam hati, ‘hantu’ mana la pulak dok tindih aku ni.

Lepas boleh gerak tu, memang seram sejuk la kita dibuatnya. Tapi, setelah aku masuk U, belajar pasal tubuh badan manusia. Baru la aku tau kebenarannya.

Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap atau kena tindih. Atau lebih tepatnya lagi disebut ’sleep paralysis’ mengikut istilah medikal nya.

Sleep paralysis atau dimelayukan boleh la disebut sebagai ‘lumpuh waktu tidur’. Ia adalah keadaan yang menyebabkan paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time-time nak tidur (hypnagogic paralysis), atau baru2 bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

OK, kebiasaannya badan manusia bila dah tido, dan bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement), atau waktu tengah nyenyak, bijik mata kita akan bergerak2, otak akan bagitau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira akan jadi macam kena ’switch off’ sekejap atau dalam keadaan REM atonia (tader muscle tone).

Kalau nak tahu, otak kita ni pun sebenarnya ada ’switch off’ button juga. Ia dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah ’switch off’ badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal la ‘automatic function’ (degupan jantung, bernafas etc.) saja yang ON dan berfungsi. Kiranya macam keadaan ’screensaver’ atau ‘hibernate’ la kalau ianya komputer.

So,bila kita bangun, RAS akan ’switched ON’ balik. Kita sedar ‘fully awake state’. Tapi kadang2, ‘electrical signal’ tak di’activate’ kan oleh otak suruh ’switch on’ balik badan kita. Maka masa tu laa badan kita akan jadi macam lumpuh seketika. Ia berlaku sebelum otak di aktif kan semula.

Haa bunyi cam menakutkan jer, tapi itulah kenyataannya. Tapi paralysis tu tak semestinya ‘complete’ atau ‘full’. Kadang2 keadaan lumpuh tu berlaku ‘partially’ atau sebahagian nya saja. Sebab tu la ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi bahagian2 lain menjadi seolah2 lumpuh dan tidak boleh bergerak.

Satu lagi, ’sleep paralysis’ ni selalu jugak datang sekali dengan ‘hallucinations’ ( halusinasi la) samaada dalam bentuk ‘auditory’ (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau ‘tactile’ (deria sentuhan, terasa mender menindih/menghempap) dan sebagainya.

Antara Sebab2 atau mender2 yang boleh menyebabkan berlakunya ’sleep paralysis’ ini adalah :

  • Tidur dalam posisi terlentang yang terlalu lama
  • Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
  • Sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt)
  • Stress yang banyak kat otak…masalah keluarga, kewangan dan lain2
  • Pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal dan lain2)
  • Orang yang ader penyakit ‘narcolepsy

So kesimpulannya, jangan laa kita kata fenomena kena hempap atau kena tindih masa tidur ni adalah perbuatan ‘hantu’ atau makhluk halus. Janganlah kita memandai2 tuduh hantu le, jin le, orang bunian le yang dok tindih kita masa tidur. Sebab tahyul jer semua tu. Hakikatnya, fenomena ini adalah satu fenomena biasa yang boleh terjadi pada sesiapa pun. Fenomena ini disebut sebagai ’sleep paralysis’ mengikut istilah perubatan.

By: PakarHowTo

Tinggalkan komen »

Tanda-Tanda Berbohong

Tipu

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Tinggalkan komen »

Gendang Melayu Sarawak

gendang

Pengenalan
Masyarakat Melayu Sarawak sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti
kesenian yang berteraskan adat dan budaya. Selain sastera rakyat, lagu
tradisi dan pelbagai permainan rakyat, kesenian tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak ialah bergendang.

Apakah Bergendang?

Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang.

Seh Gendang
Kalangan wanita yang duduk di balik tabir tadi terdapat dua atau tiga wanita yang berperanan memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil “tukang gendang” atau “seh gendang”.
Kaum lelaki pula akan duduk sejajar atau berselerak mengikut keselesaan
masing-masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di
bahagian tengah, berdekatan tabir dan seh gendang sebagai gelanggang
tarian.
Mereka menari secara bergilir dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki berperanan bermain biola atau akordian mengiringi seh gendang. Irama yang dimainkan oleh penggesek biola itulah yang akan menjadi ikutan seh gendang ketika berpantun dan bermukun.
Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak kemampuan seh gendang dan topeng dengan keizinan tuan rumah.

Fungsi Gendang Melayu
Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria, secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan.
Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan
jejaka idaman mereka-apatah lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis
jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak lelaki akan
menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang.

Peralatan Bergendang
i. Gendang :
Gendang diperbuat daripada kayu keras seperti merbau, meranti, belian,
menggeris, tanjan dan tapang. Kulitnya ialah kulit kambing yang kering yang
disimpai atau diketatkan dengan rotan dan sidak.
ii. Sidak:
Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing tadi agar
bunyi gendang itu kuat ketika dipukul.
Sidak yang diselit di antara birai gendang sebelah dalam dengan kulit kambing
akan dikeluarkan sekiranya gendang itu tidak digunakan. Ada juga yang
menggunakan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi ia sukar
diperolehi.
iii. Biola :
Biola diperlukan sekiranya ada penggesek.
iv. Akordian :
Ada yang menggunakan akordian sebagai alternatif sekiranya biola tidak ada
atau tidak ada yang mahir menggesek biola.
v. Gong :
Di sesetengah tempat, selain gendang dan biola, gong turut digunakan untuk
berpadu irama dengan paluan gendang.

Bila bergendang?
Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu;
Bergendang selepas kenduri Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat, bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru dan menerima tetamu baru.
Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya

yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat.
Untuk bersikap adil, majlis bergendang diadakan pada sebelah malamnya,
khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk melepaskan rasa letih dan
tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada
siangnya.
Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan
Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang.
Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi “disandingkan” di atas pelamin dan ditepung tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan.
Selepas kanak-kanak itu dikhatankan, majlis bergendang diadakan, bukan
sahaja semalam bahkan sampai tiga malam berturut-turut. la diadakan agar kanak-kanak yang berkhatan tadi dapat berjaga.
Sekiranya kanak-kanak itu tidur, tindih menindih akan berlaku. Ini boleh
menyebabkan luka selepas khatan itu berdarah semula. Ini amat berbahaya kepada kanak-kanak berkenaan. Pada waktu siang, kanak-kanak itu boleh tidur dengan pengawasan rapi kaum keluarga mereka.

Irama Pantun
lrama pantun sering bertukar-tukar mengikut kemahiran seh gendang dan
penggesek biola. Biasanya, irama itu berdasarkan pembayang maksud pantun
tersebut. Pantun orang tua-tua dahulu mempunyai irama yang di sebut
Labuan, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, lndung Anak, Selendang Mayang,
Air Pasang dan Lela Majnun.
Contoh irama Labuan:
Labuan pulo di laut, sayang Labuan pulo di laut,
Khabarlah berita, khabar berita pulo yang tumbuh,
Salamlahmu tuan, salammu tuan kami menyambut,
Asallah rahsia, asal rahsia disimpan teguh
Contoh irama Asam Paya:
Asam paya buah di hutan,
Dalam sepompong masak sebiji,
sungguh kacak wajahmu tuan,
Dalam kampung payah dicari
Pantun yang biasa dilafaz oleh seh gendang:
Apa dijeruk buah belimbing,
Kurang masin tambahlah garam,
apa dijenguk di luar dinding,
Kalau sudi masuklah ke dalam.
Satang kecil si Satang besar,
Sama timbal Pulo Sempadi
Dari kecil sampai ke besar,
Belum pernah memungkir janji.

Tinggalkan komen »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.